Pengikut

Rabu, 1 Julai 2015

Kemajuan pengangkutan awam kita nikmati

Pengangkutan awam negara kita semakin maju dari hari ke hari. Ini dapat kita lihat pada rekod terkini yang mencatatkan kenaikan peratusan dalam program transformasi pengangkutan awam, iaitu 21 peratus berbanding 17 peratus pada tahun 2010 bagi nisbah mod pengangkutan awam bandar. Jumlah pengguna pengangkutan awam pada waktu puncak memcatatkan sebanyak 437, 525 penumpang pada setiap bulan, di mana sasaran purata 400,000 penumpang sepanjang tahun sudah berjaya dicapai.

Kemajuan pengangkutan awam sangat mendatangkan faedah kepada kita semua. Kita boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan pantas dan selesa dengan adanya pengangkutan awam yang bertaraf tinggi. Oleh itu, pengangkutan awam yang ada boleh menjimatkan masa, tenaga dan kos perjalanan kita.


Sumber: Utusan Online